Norhasman Abu Samah hilang sejak awal tahun ini. FOTO PDRM

KUALA LUMPUR – Polis minta orang ramai untuk mencari dan menjejaki seorang lelaki yang dilaporkan hilang di ibu negara sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, Balai Polis Tun H.S.Lee pada 25 Julai lalu jam lebih kurang 10.30 pagi telah menerima laporan mengenai kehilangan individu tersebut.

“Butiran orang yang hilang itu ialah dikenal pasti sebagai Nohasman Abu Noh berusia 37 tahun.

“Kali terakhir dia dilihat di hadapan sebuah pusat membeli-belah Kenanga Mall, Kuala Lumpur pada bulan Januari 2024 yang lalu oleh ibu beliau.

“ Lelaki hilang itu berketinggian 167 sentimeter,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam ini.

Sehubungan itu, katanya Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan Orang Hilang (OH).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai orang hilang itu bolehlah segera menghubungi Balai Polis Tun H.S.Lee di talian 03-9221 2222 atau Pusat Kawalan IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau tampil melaporkan di mana-mana Balai Polis yang berhampiran.-MalaysiaGazette