Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR- PKR mengumumkan rombakan besar terhadap kepimpinan utama parti itu.

Naib Presidennya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perubahan itu melibatkan peletakan jawatan Datuk Seri Saifuddin Nasution sebagai Setiausaha Agung PKR.

Jelas beliau, ini bagi membolehkan Saifuddin menumpukan perhatian terhadap tugasnya sebagai Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH).

Dengan itu, jawatan Saifuddin di dalam parti akan digantikan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Fuziah Salleh.

“Perubahan ini adalah bagi mengukuhkan operasi parti dan kesemua pelantikan tersebut berkuatkuasa serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Nik Nazmi, tempat Fuziah akan digantikan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Rizal Jamin.

Di peringkat negeri pula, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri akan menggantikan Chang Lih Kang sebagai Pengerusi.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast