BALING – Seorang lelaki warga emas dikhuatiri hilang selepas tidak pulang ke rumah di Kampung Mengkuang Tengah di Kuala Pegang, di sini, sejak 4 September lalu

Menurut Amir Hakimi Sabari, 25, mereka sekeluarga bimbang dengan keselamatan bapanya, Sabari Baharom, 62, yang masih gagal dikesan sehingga hari ini.

Jelasnya, laporan polis mengenai kehilangan bapanya telah dibuat namun tiada perkembangan positif.

“Bapa keluar dari rumah menggunakan kereta jenis Proton Waja warna emas dengan nombor pendaftaran KBP 5778 pada 4 September lalu.

“Apabila dia (bapa) gagal dihubungi, kakak sulung saya pergi ke rumah untuk melakukan pemeriksaan namun bapa tiada di rumah.

“Susulan itu, kami melakukan pencarian di sekitar kawasan Baling sebelum menemui jalan buntu dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sehubungan itu, Amir Hakimi memohon bantuan orang ramai untuk mengesan bapanya dan sekiranya ada maklumat boleh menghubunginya di talian 0195230287, 01110408552 (Muhaimin) atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette