seorang pemandu e-hailing maut selepas tersepit di bawah teksi yang melanggarnya ketika mangsa keluar memeriksa keretanya yang terbabit dalam kemalangan berhampiran KLIA Terminal 2, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Akibat ubah haluan kenderaan secara mengejut, menjadi punca seorang pemandu e-hailing maut dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer (KM) 4.8 Lebuhraya Extension Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari’at berkata, kejadian berlaku pada jam 7 pagi ketika seorang pemandu kenderaan sedang dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur.

“Pemandu terbabit telah memperlahankan kenderaannya kerana ada halangan di hadapan dan bertindak menukar lorong secara mengejut.

“Tindakan itu menyebabkan keretanya telah dilanggar belakang oleh sebuah kereta jenis Perodua Alza dan kemudian pemandu itu telah mengubah kenderaannya ke bahu jalan.

“Perodua Alza itu kekal di lorong tempat kemalangan berlaku dan pemandunya telah turun untuk memeriksa bahagian hadapan kenderaan dan ketika itu sebuah kenderaan lain melanggar kereta Perodua Alza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Impak kuat daripada kemalangan itu menyebabkan mangsa terpelating serta jatuh di hadapan kenderaan terbabit dan tergilisnya.

Mangsa kemudian disahkan maut ditempat kejadian dan kes terbabit disiasat di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis memohon jika ada saksi bebas atau memiliki rakaman dashcam kejadiaan itu diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Arif Jantan di talian 013-6405165.

“Semua pemandu dan penungang motosikal dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya.

Terdahulu, seorang pemandu e-hailing maut selepas tersepit di bawah teksi yang melanggarnya ketika mangsa keluar memeriksa keretanya yang terbabit dalam kemalangan berhampiran KLIA Terminal 2, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar mangsa, pemastautin tetap(PR) Abd Ghani Abd Karim berusia, 57 disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan. – MalaysiaGazette