Tun Juhar di Istiadat pemakaian Pangkat Kehormat Laksamana Muda Maritim di Sabah semalam. Ihsan Maritim Malaysia

KUALA LUMPUR – Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dianugerahkan pangkat Laksamana Muda Maritim Kehormat daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada majis penuh istiadat yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah semalam.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, penganugerahan pangkat kehormat itu melakar sejarah tersendiri apabila ia julung kali dianugerahkan kepada Yang Di-Pertua Negeri.

Katanya, penganugerahan itu merupakan tanda penghargaan Maritim malaysia kepada Tun Juhar serta kerajaan Negeri Sabah atas sokongan penuh kepada agensi tersebut dalam memastikan keselamatan perairan Sabah sentiasa terpelihara.

Tun Juhar dipakaikan Pangkat Kehormat Laksamana Muda Maritim Malaysia dalam istiadat di Sri Kinabalu, Sabah semalam.Ihsan Maritim Malaysia

Sementara itu, Saiful turut merakamkan ucapan menjunjung kasih kepada Juhar kerana sudi menerima pangkat kehormat daripada Maritim Malaysia. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here