Hishamuddin Hashim (tiga dari kiri) bersama keluarga mangsa sindiket penipuan kerja dalam sidang akhbar di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Tiga lagi tiga rakyat Malaysia telah menjadi mangsa sindiket penipuan kerja terbaharu di Myanmar.

Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO)  mendakwa, dua daripada dua mangsa telah pun menjadi tebusan manakala seorang lagi masih hilang.

Setiausaha agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, dua mangsa berkenaan telah menghubungi keluarga dan seorang daripada mereka meminta wang pampasan sebanyak RM80,000 manakala seorang lagi anggaran RM30,000.

“Salah seorang daripada mangsa ini lebam hampir keseluruhan badan kerana dipercayai  dipukul tanpa perikemanusiaan,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Meskipun begitu, Hishamuddin mengingatkan ahli keluarga mangsa untuk tidak membayar wang pampasan kerana dikhuatiri  mereka tidak akan dibebaskan walaupun pampasan sudah dibayar.

Salah seorang bapa mangsa, Lam Shiow Hong, 52, berkata, dia telah menerima pesanan daripada anaknya melalui aplikasi Wechat memaklumkan telah menjadi tebusan di Myanmar.

Lam Shiow Hong, 52, menunjukkan gambar anggota badan anaknya yang dipenuhi kesan lebam akibat dipukul.

“Pemandu yang membawa anak saya telah mengugut dia dengan menunjukkan sepucuk pistol sebelum menelefon saya dan meminta wang tebusan sebanyak RM30,000,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi ahli keluarga mangsa, berkata anaknya telah pergi ke sana pada 29 Ogos lalu.

“Anak saya hanya cakap nak pergi sana kerana ada temuduga kerja. Bagaimanapun, sehingga kini saya masih gagal menghubunginya,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here