Bomba menyelamatkan 60 pengunjung yang terkandas di Kolam Puteri, Gunung Ledang, Tangkak hari ini akibat aliran deras air yang turun dari puncak kerana hujan lebat

TANGKAK – Bomba menyelamatkan 60 pengunjung yang terkandas di Kolam Puteri, Gunung Ledang di sini hari ini akibat aliran deras air yang turun dari puncak kerana hujan lebat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Penguasa Bomba Kanan II Azli Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.51 tengah hari.

“Susulan itu seramai sembilan anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk memberikan bantuan.

“Seramai 60 orang awam terkandas dan pihak bomba membawa semua mangsa dengan menyeberangi sungai menggunakan ‘rescue rope’,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, semua mangsa berjaya dibawa dengan selamat dan operasi tamat pukul 3.18 petang.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here