Elon Musk. foto X

ANKARA- Elon Musk menggelarkan kerajaan Australia sebagai ‘fasis’ dan mengecam Perdana Menteri negara itu, Anthony Albanese berhubung kenyataannya mengenai platform media sosial.

Agensi berita Anadolu yang memetik laporan berita tempatan berkata, kecaman terbaharu itu datang selepas Albanese membalas hantaran Musk dengan mengatakan syarikat-syarikat media sosial perlu mempunyai tanggung jawab sosial.

Pemimpin Australia itu mengulangi gesaan kebanyakan pemimpin dunia yang lain.

Musk yang memiliki Tesla dan platform media sosial X menjawab kenyataan itu sebagai ‘fasis’.

Dalam satu hantaran pada malam Sabtu, mogul perniagaan itu menulis: “Fasis haluan kiri memang menyukai tapisan.”

Terdahulu, Australia mencadangkan denda sehingga lima peratus daripada perolehan tahunan firma media sosial yang gagal menangani propaganda palsu di platform masing-masing.

Undang-undang itu sekiranya berjaya dilaksanakan, membenarkan kerajaan persekutuan Australia mengenakan hukuman ke atas gergasi teknologi seperti X dan Meta kerana menyebarkan maklumat tidak benar di platform mereka.- Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here