KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,641 kes kemalangan direkodkan berlaku di seluruh negara semalam, mambabitkan 14 kes kematian.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, kes kematian turun sebanyak enam kes semalam berbanding hari sebelumnya.
Katanya, pada 14 September lalu, sebanyak 2,079 kes kemalangan dilaporkan melibatkan 20 kes kematian. -MalaysiaGazette