POlis sedang berusaha mencari seorang wanita warga asing yang dilaporkan melarikan anak daripada suaminya di Subang Jaya.Gambar Ihsan USJ Community Group

SUBANG – Polis sedang giat mengesan seorang wanita yang didakwa telah melarikan anak kandungnya daripada suaminya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, terdahulu polis pada Isnin telah mengesan kenyataan tular di media sosial bersama gambar seorang kanak-kanak yang didakwa diculik.

Katanya, sekitar jam 4.23 petang semalam, pihak polis telah menerima laporan daripada pengadu iaitu seorang lelaki tentang insiden tersebut.

“Siasatan awal mendapati, pengadu iaitu bapa kepada kanak-kanak tersebut telah membuat laporan polis berkaitan anaknya telah dibawa lari oleh isterinya yang merupakan seorang warga asing.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua pihak masih berstatus suami isteri sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun tambah beliau, pihak polis masih giat berusaha untuk mengesan ibu dan kanak-kanak terbabit.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut dan tidak memuat naik kenyataan yang tidak pasti atau atas kepentingan sendiri yang boleh menggusarkan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, kenyataan yang tular di media sosial USJ Community Group itu memaparkan kanak-kanak perempuan berusia setahun 4 bulan itu hilang.

Kenyataan itu juga disertakan gambar dan identiti kanak-kanak itu sebagai Gan Jia Yi dan lokasi terakhir kanak-kanak tersebut dikesan adalah di Damen Mall.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai diminta menghubungi nombor 0102222033 jika mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak tersebut.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here