Kampung Kemelong dan Kampung Titi Semang dalam daerah Sik terjejas akibat banjir.

ALOR SETAR – Hujan lebat sejak semalam menyebabkan Sungai Chepir dalam daerah Sik dekat sini melimpah sekali gus mengakibatkan dua kampung dilanda banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, Kampung Kemelong dan Kampung Titi Semang terjejas akibat limpahan sungai itu namun tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini.

“Anggota APM sedang melakukan pemantauan di kawasan yang dinaiki air dan mangsa yang terlibat juga dinasihatkan supaya segera berpindah jika perlu.

Tiada pusat pemindahan sementara dibuka setakat ini.

“Sehubungan itu, orang awam di kawasan berisiko tinggi dilanda bencana banjir diminta peka dengan amaran banjir yang dikeluarkan pihak berkuasa,” katanya hari ini.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat jam 9 pagi tadi, Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu dan Sungai Gurun di Kampung Perupok di daerah Yan, melepasi tahap bahaya.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here