KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 di Semenanjung turun 6 sen seliter kepada RM3.19 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 September.

Menurut Kementerian Kewangan, harga diesel turut diturunkan sebanyak 6 sen seliter kepada RM2.95 sen seliter.

Katanya, penurunan berkenaan seiring dengan penurunan harga pasaran minyak mentah dunia dan pengukuhan ringgit.

“Sejak 8 Ogos 2024 sehingga kini, Kerajaan telah menurunkan sebanyak 40 sen seliter harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia, manakala harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 28 sen,” katanya menerusi kenyataan.

Harga RON95 di Semenanjung kekal pada paras RM2.05 seliter.

Harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

Sementara itu, menurut kenyataan tersebut, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit produk petroleum dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak global selain menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here