Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki bercakap pada Sidang Media Khas ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Auditorium Ibu Pejabat SPRM, Wilayah Persekutuan, PUTRAJAYA. Foto AIZAT ZAINAL, 18 SEPTEMBER 2024.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunggu masa sesuai untuk menahan warga Bangladesh yang menjadi dalam utama ‘Op Pump’ dipercayai membawa masuk warga asing ke negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, suspek berkemungkinan besar menjadi pengatur kepada ejen untuk membawa masuk warga Bangladesh menerusi counter setting atau ‘laluan kaunter khas’ di pintu masuk negara.

“Ini adalah perkara baharu yang mana suspek ini terlibat dan masih berada di negara ini. Kita belum dapat tahan kerana ketika ini SPRM berhadapan masalah hubungan kerja dengan pihak berkuasa di Bangladesh.

“Kita masih belum dapat sebarang keputusan daripada pihak berkuasa di Bangladesh berhubung kegiatan suspek yang dipercayai menjadi pengatur kepada ejen membawa masuk pekerja ke Malaysia.

“Kelewatan ini disebabkan pergolakan atau ketidakstabilan politik yang berlaku di Bangladesh ketika ini,” katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.

Tambah Azam, suspek warga Bangladesh yang dipantau itu dipercayai terlibat dengan ejen utama mencari pekerja melibatkan warganegara tersebut.

Ujar beliau, suspek bertindak menjadi ketua dan mengatur kumpulan ejen di Bangladesh bagi membawa masuk pekerja dari negara itu ke Malaysia menerusi counter setting. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here