Home Utama Semua universiti diarah terima pelajar miskin, tangguh kutipan yuran- Zambry

Semua universiti diarah terima pelajar miskin, tangguh kutipan yuran- Zambry

@malaysiagazette

Universiti Diarah Terima Pelajar Miskin, Tangguh Kutipan Yuran – Zambry Semua pentadbir universiti diarah untuk menerima masuk pelajar miskin dan daif serta menangguhkan kutipan yuran pendaftaran daripada para penuntut tersebut. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir juga meminta universiti-universiti untuk menguruskan bantuan awal pengajian melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar yang tidak berkemampuan. Tegasnya, setiap mahasiswa yang ditawarkan tempat ke universiti tidak sepatutnya melepaskan peluang melanjutkan pendidikan hanya kerana masalah kewangan. KPT MalaysiaMadani Video : FB Zambry Abd. Kadir

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

KUALA LUMPUR- Semua pentadbir universiti diarah untuk menerima masuk pelajar miskin dan daif serta menangguhkan kutipan yuran pendaftaran daripada para penuntut tersebut.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir juga meminta universiti-universiti untuk menguruskan bantuan awal pengajian melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar yang tidak berkemampuan.

Tegasnya, setiap mahasiswa yang ditawarkan tempat ke universiti tidak sepatutnya melepaskan peluang melanjutkan pendidikan hanya kerana masalah kewangan.

Sebaliknya, tambah beliau, para mahasiswa yang berdepan sebarang masalah boleh terus berhubung dengan pihak universiti atau Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Saya daripada latar belakang itu (pelajar tidak berkemampuan), saya tahu tentang kesusahan itu. Saya tidak mahu ia dijadikan sebagai satu alasan untuk tidak mahu masuk ke universiti.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here