Gempa bumi berlaku di Bandung, Indonesia, 18 September lalu.

KUALA LUMPUR- Kementerian Luar Negeri mengesahkan setakat ini tiada rakyat Malaysia yang terkesan atau terjejas akibat kejadian gempa bumi di Bandung, Indonesia, 18 September lalu.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang memantau rapat keadaan semasa selepas insiden tersebut.

“Rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas dan kawasan berdekatan dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati, serta mengikuti perkembangan terkini dan nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Tambah Wisma Putra, rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka adalah amat digalakkan untuk berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, seperti butiran berikut:

KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI JAKARTA

Alamat : Jl. H.R. Rasuna Said Kav.X/6, No. 1-3, Kuningan, Jakarta Selatan 12950, Republik Indonesia

No. Telefon : +62 21 522 4947 / +62 813 8081 3036 (Untuk Kecemasan Di Luar Waktu Pejabat)
Emel : [email protected]

“Malaysia turut berdukacita dan bersimpati terhadap mangsa dan keluarga yang terkesan akibat bencana alam ini,” tambah kenyataan itu lagi.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here