Bangunan Wisma Putra Kementerian Luar Negeri di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 18 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR- Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas atau terbabit dalam insiden letupan alat kelui di beberapa lokasi di seluruh Lubnan.

Kementerian Luar dalam kenyataannya menjelaskan, Wisma Putra sedang memantau situasi di negara itu dan meminta rakyat Malaysia di negara itu sentiasa berhati-hati.

“Nasihat kepada rakyat Malaysia di Lubnan: Rakyat Malaysia disarankan agar berhati-hati, mengelak daripada mengunjungi bahagian selatan Lubnan dan mendapatkan maklumat terkini melalui sumber berita yang boleh dipercayai,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra juga memaklumkan bahawa Batalion Malaysia (MALBATT 850) yang ditempatkan di Lubnan berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas oleh insiden berkenaan rakyat Malaysia di Lubnan yang belum mendaftar dengan pihak kedutaan disarankan untuk berbuat demikian melalui pautan https://ekonsular.kln.gov.my/.

Wisma Putra turut menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsul agar menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Beirut. Kedutaan terletak di Lot 170, Saad Zaghloul Street, Downtown, Beirut, Lubnan.

Bagi bantuan segera, orang ramai boleh menghubungi melalui telefon di +961 71 380 063 atau +961 7677 2527, atau melalui e-mel di [email protected].

Kementerian turut menyatakan bahawa pihaknya akan terus memberikan maklumat terkini bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di Lubnan. – BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here