Kompleks Mahkamah Seremban

SEREMBAN- Tiga lelaki yang mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak.

Muhammad Habib Noh Mohd Zairi, 21; Muhammad Khunais Fathie Khabil, 20; and Ahmad Nadzful Izham, 22, masing-masing berdepan enam, lima dan tiga pertuduhan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah madrasah di Kuala Pilah.

Pertuduhan di Seremban merupakan kes kedua didakwa melibatkan GISBH selepas seorang lelaki didakwa di mahkamah Majistret Putrajaya, semalam atas kesalahan membabitkan ugutan jenayah.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here