Ambulans sudah menantikan mangsa letupan lombong arang batu di Tabas, Iran. Foto IRNA

BIRJAND – Letupan lombong arang batu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh dan 17 lagi cedera di bandar Tabas, wilayah selatan Khorasan, Iran.

Ketua pengarah jabatan pengurusan krisis wilayah, Mohammad-Ali Akhondi berkata, kemalangan itu berpunca daripada letupan gas metana di dua blok lombong pada malam Sabtu.

Sekurang-kurangnya 30 pekerja mati lemas akibat pelepasan metana dan karbon monoksida.

Katanya, angka kematian dijangka meningkat kerana operasi menyelamat sukar dilakukan kerana keadaan di bawah tanah.

Operasi menyelamat pantas diberi penekanan, katanya sambil menambah bahawa “tetapi hakikatnya adalah tugas yang sukar untuk menyelamatkan mangsa yang cedera dari kedalaman 700 meter menyerong dan 250 meter secara menegak di bawah tanah.”

Terdapat 69 pekerja di blok itu pada masa letupan di lombong yang terletak di Tabas, sebuah bandar di timur tengah Iran.

Presiden Pezeshkian mengarahkan siasatan terhadap insiden itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast