PS Nathan.

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Datuk Dr PS Nathan meninggal dunia pada usia 90 tahun, semalam.

MTBC dalam satu kenyataan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar buat seluruh komuniti boling.

“Beliau seorang pemimpin, mentor dan pembimbing yang hebat dalam komuniti boling. Kepimpinan berwawasan beliau bukan sahaja mengangkat boling Malaysia ke tahap dunia malah memberikan inspirasi kepada ramai individu yang berpeluang menimba ilmu daripadanya.

“Sumbangan beliau kepada sukan ini di arena tempatan dan global tidak ternilai,” menurut kenyataan itu.

MTBC diasaskan Nathan pada tahun 1974 dan sejak itu menerajui badan induk kebangsaan sebelum meletakkan jawatan pada Mei lalu. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here