Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto, JBPM PERAK.

SITIAWAN – Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan membawa barang pejabat melanggar bahagian belakang sebuah treler di Kilometer 202 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Razali Sahad, 48, dan Muhammad Alizzat Narayi, 28, merupakan pemandu dan penumpang lori lima tan berkenaan disahkan maut di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian diterima pukul 3.33 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan digerakan ke lokasi.

Menurut beliau pasukan bomba tiba dilokasi kejadian pada jam 3.42 pagi dan mendapati berlakunya kemalangan melibatkan sebuah lori lima tan melanggar bahagian belakang sebuah treler.

“Terdapat dua orang mangsa pemandu dan penumpang lori lima tan tersepit dan disahkan maut dilokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ketua operasi kemudiannya mengarahkan anggota mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi Tindakan lanjut dan operasi yang diketuai PBK II KUP Azmi Mohd Yusof itu tamat pada jam 6.05 pagi. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here