Kalai Kumar Anandan, Foto ihsan IPD Sungai Buloh

KUALA LUMPUR – Banduan reman yang lolos semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh pada 18 September lalu sudah ditahan semula.

Jabatan Penjara Malaysia yang mengesahkan tangkapan itu berkata, Kalai Kumar Anandan, 27, ditangkap oleh pegawainya pada jam 11 pagi di Terminal Bas Rapid Kuantan, Pahang berdasarkan siasatan dan maklumat yang diterima daripada orang awam.

Banduan reman tersebut telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut, katanya dalam kenyataan di sini.

Berdasarkan syor dari Lembaga siasatan, Jabatan Penjara akan mengambil tindakan tegas dan segera kepada mana-mana individu yang didapati cuai dalam menjalankan tugas hingga menyebablan berlakunya kejadian kelarian banduan ini.

“Jabatan Penjara Malaysia juga ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada orang awam serta mana-mana pihak yang telah membantu sepanjang operasi pencarian ini dijalankan,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

Banduan Kalai Kumar loloskan tangan yang digari pada katil hospital

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here