Seorang operator kilang maut selepas motosikal ditunggangi melanggar lampu isyarat sebelum merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di simpang empat Jalan Pantai Belimbing One Krubong, Melaka malam tadi.

MELAKA – Seorang operator kilang maut selepas motosikal ditunggangi melanggar lampu isyarat sebelum merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di simpang empat Jalan Pantai Belimbing One Krubong di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, Muhammad Hairul Nizam Mat Sahat, 20, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15R dari Krubong Perdana menghala Krubong Jaya disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku apabila mangsa dipercayai melanggar lampu isyarat merah di simpang empat berkenaan.

Keadaan SUV jenis SUV Subaru Forestor dipandu lelaki berusia 35 tahun yang dirempuh motosikal mangsa.

“Pada masa sama, datang sebuah SUV jenis SUV Subaru Forestor dipandu lelaki berusia 35 tahun dari arah Tanah Merah menuju ke Taman Krubong yang ketika itu baru bergerak selepas lampu isyarat hijau.

“Akibatnya, motosikal terbabit merempuh SUV berkenaan menyebabkan operator kilang itu maut ditempat kejadian yang disahkan pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan arahan bedah siasat  dikeluarkan bagi mengetahui punca kematian.

“Polis juga sedang mengesan saksi bebas yang melihat kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast