Tukang jahit warga emas, Chiew Chea Cheong, 69, merupakan satu-satunya peniaga yang masih bertahan di Wisma Punca Emas, yang suatu ketika menjadi tumpuan penduduk Seremban.
Mengendalikan Tukang Jahit Gentlemen sejak 1983, beliau menyaksikan perubahan zaman dan kehilangan rakan-rakan peniaga.
Dahulunya, Wisma Punca Emas meriah dengan pelbagai kedai, tetapi sejak tahun 2000, ramai peniaga berpindah ke pusat beli-belah baru, meninggalkan Chea Chong sendirian.
Kebakaran yang terjadi pada 2018, menyebabkan ramai peniaga menggulung tikar.
Kini, beliau menjalankan perniagaan dengan hanya bergantung dengan mesin jana kuasa.
Walaupun pendapatannya hanya cukup untuk hidup, Chea Chong tetap menjalankan perniagaan kecilnya.
Bermula jam 11 pagi hingga 6 petang, Setiap hari, dengan mesin jahit lamanya, Chea Chong membuka kedainya dan menyiapkan tempahan daripada pelanggan tetap yang datang dari pelbagai kaum.
Walaupun dalam kegelapan dan kesunyian, beliau tidak merasa takut, sebaliknya masih gigih bekerja sambil mengimbau kenangan dan hubungan yang terjalin dengan rakan niaganya pada satu ketika dahulu.
Pemilik perniagaan Tukang Jahit Gentlemen, Chiew Chea Cheong, 69 akan membuka kedainya dalam keadaan gelap gelita setiap hari pada pukul 11 pagi sehingga 6 petang ketika di Wisma Punca Emas, Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024.
Pemilik perniagaan Tukang Jahit Gentlemen, Chiew Chea Cheong, 69 akan membawa keluar jana kuasa untuk mendapatkan bekalan elektrik berikutan keadaan bangunan yang gelap gelita ketika di Wisma Punca Emas, Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024.
Pemilik perniagaan Tukang Jahit Gentlemen, Chiew Chea Cheong, 69 akan membeli minyak petrol yang berharga RM15 setiap hari bagi menghidupkkan jana kuasa untuk mendapatkan belakan elektrik ketika di Wisma Punca Emas, Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024.
Pemilik perniagaan Tukang Jahit Gentlemen, Chiew Chea Cheong, 69 melayan pelanggan tetapnya yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan jahitan meskipun perlu melalui jalan yang sunyi di Wisma Punca Emas, Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024.
Walaupun Chiew Chea Cheong sudah diketogorikan sebagai warga emas tetapi beliau masih kuat bekerja bagi menampung perbelanjaan sehariannya ketika di Wisma Punca Emas, Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024.
Chiew Chea Cheong, 69 masih lagi menggunakan dua mesin jahit lama yang lama berusia hampir 70 tahun kerana lebih selesa dengan mesin berkenaan ketika di Wisma Punca Emas, Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024.
Setiap pagi Chiew Chea Cheong akan menyiapkan baju yang dihantar oleh pelanggannya mengikut ketetapan masa yang diberi ketika di Wisma Punca Emas, Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024.
Chiew Chea Cheong, 69 masih menggunakan mesin lama berusia lebih 60 tahun yang berfungsi untuk memotong bahagian tepi kain bagi mendapatkan kekemasan potongan ketika di Wisma Punca Emas, Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024.
Ketekunan Chiew Chea Cheong, 69 dalam jahitan dan potongan bajunya menjadi pilihan bagi warga setempat untuk menghantar pakaian kepada beliau ketika di Wisma Punca Emas, Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024.
Tepat pukul 6 petang Chiew Chea Cheong, 69 akan menutup kedainya untuk pulang ke rumah setelah penat menyiapkan tempahan ketika di Wisma Punca Emas, Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024.
Pemilik perniagaan Tukang Jahit Gentlemen, Chiew Chea Cheong, 69 sekali sekala berasa sunyi apabila beliau kini merupakan satu-satunya peniaga yang masih bertahan walaupun ramai peniaga yang telah berpindah ke tempat lain ketika di Wisma Punca Emas, Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024.
Susuk tubuh yang mula membongkok tidak mematahkan semangat untuk mencari rezeki untuk keluarganya walaupun anak-anaknya telah berjaya kerana tidak mahu menyusahkan mereka ketika di Wisma Punca Emas, Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024.
Tukang jahit warga emas, Chiew Chea Cheong, 69 adalah satu-satunya peniaga yang masih bertahan di Wisma Punca Emas semenjak dari tahun 1983 yang dulunya menjadi lokasi tumpuan warga setempat untuk membeli belah ketika di Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024.
Pintu masuk utama Wisma Punca Emas akan dikunci rapi oleh Chiew Chea Cheong, 69 selepas selesai bekerja pada pukul 6 petang ketika di Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024.
Wisma Punca Emas di Seremban merupakan pusat beli-belah yang meriah pada tahun 1980-an yang terkenal sebagai tumpuan penduduk tempatan dengan pelbagai kedai. Namun, sejak awal tahun 2000, ramai peniaga berpindah ke lokasi baru dan ditambah dengan kebakaran pada tahun 2018 yang memutuskan bekalan elektrik dan memaksa ramai peniaga gulung tikar. Kini, bangunan tersebut berada dalam keadaan sepi dan gelap ketika di Seremban, Negeri Sembilan. Foto MOHD ADZLAN, 22 SEPTEMBER 2024.
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL