Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menunjukkan barangan rampasan selepas sidang media mengenai perkembangan terbaharu GISBH bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat , Jabatan Agama Islam Selangor dan Jabatan Pendaftaran Negara di Mess Pegawai Kanan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 23 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu suspek yang melakukan ugutan jenayah kepada Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berhubung isu Giobal Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, Mohd. Asri yang lebih dikenali sebagai Dr. MAZA telah menerima beberapa mesej berbaur ugutan semasa berada di pejabatnya di Bangunan Dato’ Mahmud Mat, Kangar pada jam 8.56 pagi, kelmarin.

“Semasa kejadian pengadu (Mufti Perlis) telah menerima pesanan mesej melalui aplikasi WhatApps daripada nombor telefon yang tidak dikenali.

“Terdapat empat pesanan mesej dihantar berkaitan Global Ikhwan & Services Berhad Holdings (GISBH) berkaitan perniagaan milik syarikat itu tidak dapat ditandingi dalam negara.

“Bagaimanapun beliau (Dr MAZA) tidak mengendahkan mesej itu menyebabkan individu terbabit menghantar mesej berbaur provokasi dan ugutan.

“Beliau percaya pesanan WhatsApp berkenaan mengandungi ugutan jenayah kerana maksud kafir harbi (kafir yang boleh diperangi) adalah menghalalkan darah,” kata Razarudin semasa sidang media khas perkembangan terkini kes Op Global Fasa 4 di Pulapol, hari ini.

Susulan itu katanya, Dr MAZA tampil membuat laporan di Balai Polis Kangar untuk tidakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan ugutan jenayah.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya. -MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here