Foto IG Negeri Sembilan FC.

KUALA LUMPUR – Negeri Sembilan FC menambah sengat di bahagian tengah apabila mengumumkan kehadiran Sebastian Avanzini sebagai pemain import baharu membantu kelab meneruskan cabaran dalam baki saingan Liga Super 2024-2025.

Bermain di posisi tengah, Avanzini yang memiliki ketinggian 1.85 meter akan menyarung jersi bernombor 30.

Namun dia bukanlah asing dalam kalangan penyokong bola sepak Malaysia kerana sebelum ini dia pernah mewakili Kuala Lumpur City FC pada musim 2023.

Pemain berusia 29 tahun itu beraksi dalam 31 perlawanan bersama KL City dan telah menjaringkan dua gol serta melakukan empat bantuan jaringan dan turut membantu skuad warga kota layak ke final Piala FA 2023. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here