Persidangan Antarabangsa Minda Inovasi Dinamik (i-MInD) 2024, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), merupakan manifestasi komitmen Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dalam memperkasa pendidikan melalui inovasi dan penyelidikan.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, persidangan yang berlangsung selama tiga hari bermula Isnin sehingga Rabu ini menyediakan platform yang unik kepada para pendidik meneroka inovasi digital dan menjalankan penyelidikan. – MGPerak