PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

BATU PAHAT – Seorang warga emas kerugian RM290,000 selepas menjadi mangsa penipuan ‘phone scam’ yang menyamar sebagai ‘Pegawai SKMM dan Pegawai Polis’.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah berkata, mangsa,61,  menerima panggilan pada 25 September lalu daripada seorang perempuan yang memperkenalkan diri sebagai ‘Pegawai SKMM’ dan menyatakan nama mangsa terlibat dalam sindiket penipuan akaun bank.

Selepas itu, panggilan disambung kepada ‘Pegawai Polis’ dari Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu.

‘Pegawai Polis’ itu meminta mangsa untuk membuat laporan polis melalui telefon terlebih dahulu.

Suspek memberitahu, mangsa boleh diikat jamin tetapi segala aset mangsa akan dibekukan kerana kes masih dalam siasatan dan mangsa perlu mengikut setiap prosiding mahkamah.

Shahrulanuar berkata, suspek kemudian meminta mangsa memindahkan wang dari akaun miliknya ke beberapa akaun bank yang diberikan oleh suspek bagi tujuan siasatan.

Antara temph 6 hingga 15 September, mangsa telah memindahkan ke dalam enam akaun bank yang berlainan secara berperingkat-peringkat berjumlah RM290,000.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here