Foto: Fb US Pacific Fleet

DUBAI – Kapal tangki minyak milik tentera laut Amerika Syarikat (AS) mengalami kerosakan ketika beroperasi di pesisir Oman dengan laporan-laporan menggambarkan ia dimasuki air dan kemudinya rosak.

Seorang jurucakap tentera laut yang mengesahkan kerosakan kapal tangki itu menghadapi masalah ketika beroperasi di ‘Kawasan Angkatan Kelima’ enggan memperincikan kerosakan dialami dan menambah, siasatan sedang dilakukan.

“Pada masa ini tidak sesuai untuk membuat spekulasi punca kerosakan,” kata pegawai tersebut sambil menambah semua anak kapal selamat dan situasi semasa terus dinilai.

Insiden tersebut dilaporkan jurnal maritim, gCaptain, selepas mendapat banyak maklumat selain laman sosial media memaparkan kerosakan kapal kelas Kaiser itu.

Kapal Big Horn melakukan operasi pengisian semula minyak dan menambah bekalan kepada kapal-kapal dalam Kumpulan Serangan Abraham Lincoln.

Kapal tersebut memulakan operasi pada 1992.

Organisasi yang menyediakan operasi pembekalan semula kepada kapal tentera laut AS, dikenali Military Sealift Commad, mengendalikan 14 buah kapal kelas Kaise, termasuk Big Horn, dan sekurang-kurangnya perkhidmatan enam buah kapal akan ditamatkan ecara berperingkat dalam tempoh lima tahun.

Ia akan digantikan dengan kapal kelas John Lewis sepanjang 746 (227 meter) kaki yang mempu mambawa kira-kira 50,000 tan bahan bakar dan kargo.

Kapal Big Horn merupakan satu-satunya kapal tangki minyak tentera laut AS yang beroperasi di Timur Tengah.

Menurut aplikasi lokasi kapal ada waktu sebenar, MarineTraffic, tujuh buah kapal dalam kelas tersebut kini beroperasi di perairan AS, lima buah kapal berada di Lautan Pasifik dan sebuah kapal berada di Itali.

Sumber tentera laut tidak menyatakan sama ada terdapat kapal gentian akan dikerahkan atau sama ada tentera mengambil kira menyewa kapal awam untuk melakukan pembekalan semula kepada kepal tentera laut yang berada di Teluk Parsi.

Kumpulan serangan itu berada di Timur Tengah pada Ogos lalu untuk menyertai Kumpulan Serangan Theodore Roosevelt yang menyokong pencerobohan Israel.

Tentera laut enggan menyatakan sama ada kapal Big Horn ditunda atau belayar secara sendirian ke pelabuhan. Pemeriksaan kerosakannya mungkin dilakukan di Dubai. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast