TOKYO – Seorang lelaki mengaku memecah masuk lebih 1,000 rumah untuk menghilangkan tekanan.
Polis menahan lelaki berusia 37 tahun itu pada Isnin lalu selepas disyaki menceroboh sebuah hartanah di Dazaifu di selatan Jepun, kata jurucakap polis.
“Memecah masuk rumah orang lain adalah hobi saya, dan saya telah melakukannya lebih daripada 1,000 kali,” lapor akhbar Mainichi Shimbun yang memetik kenyataan suspek.
Bahkan, dia sangat teruja sehingga tapak tangan berpeluh apabila dia tertanya-tanya sama ada seseorang akan menemuinya atau tidak, dan ia melegakan sedikit tekanan,” katanya kepada polis. – Agensi
















