Pelakon, Fattah Amin selepas hadir bagi sebutan kes permohonan cerai yang difailkan oleh isterinya, Fazura ketika di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Foto MOHD ADZLAN, 25 SEPTEMBER 2024.

SHAH ALAM – Sebutan kes permohonan cerai pelakon, Fazura ke atas suaminya yang juga pelakon Fattah Amin ditangguhkan kepada 7 Oktober depan.

Peguam syarie mewakili Fazura, Fakhrul Azman Abu Hassan memberitahu, penangguhan itu bagi memberi ruang perbincangan yang dicadangkan oleh pihak peguam Fattah.

“Baru dapat cadangan itu, (kami) tidak boleh baca dan belum sedia untuk berbincang dalam masa yang singkat. Kita tidak boleh hendak teruskan hari ini.

“Namun ia buka proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada pagi ini, kita boleh selesaikan dengan cara baik tanpa perlu JKP.

“Cadangan itu tidak boleh dikongsi, kalau JKP, mahkamah sudah boleh teruskan tadi. Kita akan cuba selesai cara baik tanpa perlu proses JKP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di perkarangan lobi Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini hari ini.

Fakhrul Azman menambah, butiran cadangan oleh pihak Fattah tidak boleh didedahkan secara terperinci buat masa ini.

“Tarikh 7 Oktober ini kalau ada penyelesaian, kita akan teruskan dengan apa yang patut. Perbincangan itu untuk mencari jalan penyelesaian termasuk keputusan sama ada bercerai atau sebaliknya,” katanya.

Sementara itu, pasangan pelakon terkenal itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling pagi ini bagi sebutan kes permohonan perceraian yang difailkan Fazura, dua minggu lalu.

Fazura yang tiba di mahkamah pukul 9.25 pagi mengenakan jubah putih ditemani bersama empat pengawal peribadi menaiki dua kenderaan mewah. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Fattah masih sayang Fazura, belum sedia lafaz cerai

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here