Foto: Fb Natthapak Khumkad

BANGKOK – Pemilik sebuah kolam penternakan buaya membunuh 125 ekor reptilia itu berikutan kekhuatiran haiwan tersebut mungkin terlepas semasa banjir, sekali gus membahayakan orang ramai.

Hujan lebat monsun melanda utara Thailand pada bulan ini mengakibatkan banjir dan tanah runtuh mengakibatkan 20 orang terkorban.

Hujan lebat di wilayah Lamphun merosakkan kolam buaya milik Natthapak Khumkad yang meningkatkan risiko haiwan sepanjang 3 meter itu mungkin terlepas dan berkeliaran di kawasan pedalaman, menjadikan penduduk kampung dan haiwan ternakan sebagai mangsa.

“Hujan telah menghakis dinding kolam, dengan dukacita kami membunuh semua 125 buaya. Kami telah memelihara mereka selama 17 tahun,” kata Natthapak sambil menambah beliau dan pekerjanya menggunakan kaedah renjatan elektrik untuk membunuh reptilia tersebut.

Gambar yang disiarkan pada laman Facebook miliknya memaparkan sebuah jengkaut digunakan bagi mengalihkan tiga ekor buaya.

Buaya Siam merupakan haiwan terancam, namun ia diternak di seluruh Thailand untuk diambil kulitnya.

Pegawai Veterinar Jabatan Taman Negara, Haiwan Liar dan Pemulihan Tumbuhan, Patarapol Maneeorn berkata, beliau memahami keputusan yang diambil pemilik kolam buaya itu namun haiwan tersebut boleh dipindahkan ke kawasan lain yang tidak terjejas banjir.

Bagaimanapun Natthapak berkata, beliau telah menghubungi kerajaan sebelum ini bagi mencari tempat perlindungan sementara untuk buaya tersebut namun permohonannya ditolak kerana saiz reptilia yang besar.

“Ia boleh menjadi pengajaran bagaimana untuk mengendalikan haiwan buas semasa bencana alam,” kata Patarapol. – AFP

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here