Zainal Iskandar Ismail

KUALA LUMPUR – Hektar Asset Management Sdn. Bhd., pengurus Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT), melantik Zainal Iskandar Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya, berkuat kuasa serta-merta, selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia pada 12 September lalu.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif di Lembaga Pengarah REIT, yang mana bimbingan strategiknya memainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju amanah.

Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Eksekutif Perak Corporation Berhad dan memegang jawatan kanan seperti Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah Lumut Maritime Terminal Sdn. Bhd. (Pelabuhan Lumut) dan memainkan peranan penting dalam penstrukturan semula hutang Perak Corp.

Di samping peranan kepimpinannya, Zainal Iskandar telah berkhidmat sebagai Pengerusi PKEINPK Properties Sdn. Bhd., Rakan Kongsi Urusan Heureka Capital Partners, dan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Ekonomi Islam Perak.

Beliau memulakan kerjayanya dengan Kumpulan Renong-United Engineers (Malaysia), dan terlibat dalam Tawaran Awam Permulaan (IPO) TIME dotcom Berhad dan penstrukturan semula Kumpulan RENONG-UEM.

Zainal Iskanda memiliki Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam Perakaunan dari Universiti Auckland, New Zealand. – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here