Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Komuniti Westports dan Pelabuhan Klang di Westports Malaysia, Pelabuhan Klang, Selangor. Foto AIZAT ZAINAL, 27 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR- Kerajaan akan menyediakan peruntukan untuk memperbaiki dan menambah laluan sedia ada di Pelabuhan Klang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia adalah sebahagian komitmen kerajaan untuk menambah baik infrastruktur ke pelabuhan utama negara.

Tambahnya, cadangan membina laluan baharu bagi mengatasi kesesakan di Pelabuhan Klang akan diteliti.

Ini kerana projek tersebut memerlukan komitmen kewangan yang tinggi.

“Mahu buat jalan besar baharu, itu kita ambil masa. Cadangan itu saya setuju. Saya balik ke pejabat nanti, saya akan minta ia diteliti.

Selain itu, Anwar juga memberi jaminan kerajaan tidak akan meminggirkan kebajikan pekerja termasuk memastikan kenaikan gaji seiring dengan peningkatan perolehan melalui produktiviti dicatat pada setiap tahun.

Perdana Menteri berkata, kejayaan sesebuah syarikat bukan disebabkan faktor pengurusan semata-mata sebaliknya dilakukan secara bersama oleh para pekerja selari dengan peningkatan produktiviti.

“Kalau ekonomi baik, pelabuhan lebih cekap dan keupayaan meningkat, keuntungan lebih tinggi, saya kata kadar upah pun harus ditingkatkan.

“Pelabuhan tak akan menjadi tanpa tenaga setiap orang, kerja yang baik kerana Allah, dapat rezeki yang baik dan kalau betul rezeki kita meningkat, percayalah saya akan gesa semua syarikat yang catat keuntungan yang besar mesti jaga nasib pekerja mereka.

“Saya bukan sahaja Perdana Menteri, tetapi ketua persatuan pekerja Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast