Tangkap layar video tukar menunjukkan Onn Hafiz bertanyakan sesuatu kepada orang ramai semasa membuat lawatan mengejut di RFID, di Danga Bay, Johor Bahru, hari ini

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor melakukan lawatan mengejut ke Pusat Pengumpulan pendaftaran dan pemasangan tag Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk pemilik kenderaan warga Singapura, di Danga Bay di sini, pagi tadi.

Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan rasa kekecewaan terhadap situasi di hadapan pusat tersebut di mana pengunjung berbaris panjang tanpa khemah.

Dalam video yang disiarkan dalam akaun TikTok JDTunite01, Onn Hafiz dilihat kelihatan kecewa ketika menangani situasi tidak teratur di pusat tersebut.

“E-mel tiga bulan (sudah hantar) tetapi tiada maklum balas? Ini pendaftaran dan ia isu utama.

“Tapi apa alasan sampai tiga bulan (tiada maklum balas) kalau (sistem) rosak, tak rosak pun tak jawab email.

“Kenapa lambat sangat nak buka khemah? Tak boleh tunggu ini adalah imej (reputasi) negeri saya,” katanya dalam video berdurasi 37 saat tersebut.

Onn Hafiz turut bertanyakan kepada pelanggan yang menunggu seawal pukul 6.30 pagi dan mendakwa sudah empat kali ke pusat berkenaan tetapi tiada penyelesaian.

Semalam, laporan berita di republik itu menyatakan tinggal tiga hari sebelum pelaksanaan VEP bagi kenderaan berdaftar Singapura dilaksanakan.

Namun ramai pemilik kenderaan, termasuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, bimbang tidak akan mendapat permit itu sebelum tarikh akhir 1 Oktober.

Pada 19 September lalu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli dilaporkan berkata, dua lokasi tambahan untuk memudahkan proses pendaftaran tag RFID VEP di Johor bagi pemilik kenderaan Singapura mula beroperasi Ahad lalu.

Lokasi itu di JPJ di Taman Daya di sini dan Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Selatan di Larkin yang masing-masing dapat menampung kapasiti 800 dan 400 kenderaan sehari.

Pertambahan dua lokasi itu berupaya untuk meningkatkan lagi jumlah pemasangan tag tersebut kepada 1,500 kapasiti sehari.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

9 Komen

  1. Masalah biasa la MB. Jenis buat kerja sambil lewa. Tu jenis kalau ada jawatan datang dan tidur saja, geng2 ini la calon2nya.

  2. Dah muak dengan keadaan begini. Bila lah nak tukar perangai. Gaji nak naik, cuti nak panjang tapi kerja macam haprak. Malulah sampai MB turun padang. Dia orang mana tahu MALU. YB yang ini baru sikit ada banyak lagi sampai ada yang hempas talipon bila buat aduan kat MBJB. Sampai dah malas buat aduan.

  3. Kenapa tidak buka office bagi urusan RFID di UTC, saya rasa ya memudahkan semua pihak. Saya lalu disana ada urusan Telco 10 hari yang lalu pun sudah sesak. Memang rakyat nampak tertekan, ada yang dengan wheel chair lagi. cuaca yang tak menantu. Parking tak ada. Saya pun tertekan juga. Please create a proper system before implement anything, check the Prons n Cons. Sekadar beri idea yg kecil. Maafkan kalau menyinggung sesiapa. #Kita jaga kita dan awak.

  4. Tindakan kena ambil YB, tukar atau pindah serta merta mereka ke tempat lain. Mereka nak relax ax sangat, hantar mereka ke kawasan luar bandar, sana tak ramai macam dibandar.

  5. memang gitu perangai kaum yg monopoli sistem ini….harga yg dikenakan pun agak tinggi dgn kos sticker yg tak sampai rm2.00 ( harga kilang…kot..)
    p.s…aku seorang OKU dan penganggur

  6. tak ada sistem kpi ke dlm kerajaan ni..pelik betul lah ..masalah sama je mana2 dlm jabatan kerajaan. Dah boleh buang kot geng2 malas ni bagi dkt generasi muda pulak buat kerja..

Comments are closed.