Kementerian Perumahaan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang dalam peringkat akhir menyiapkan Rang Undang-Undang (RUU) bagi memperkenal hukuman khidmat sosial terhadap orang ramai yang didapati bersalah kerana membuang sampah sebarangan.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, RUU itu akan di bawa ke Pejabat Peguam Negara bulan depan untuk diteliti sebelum dibentang ke Parlimen.