Seorang wartawan wanita akhbar berbahasa Cina berputih mata selepas kereta Perodua Myvi dan telefon bimbitnya dilarikan dalam kejadian samun bersenjatakan parang di hadapan rumahnya di Seksyen 17 Damansara, Petaling Jaya, di sini tengah malam tadi.
Polis memburu lima lelaki disyaki terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah pejabat di Klang, tiga hari lepas. Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang wanita disamun dua lelaki tidak dikenali ketika berjalan kaki di kawasan Jalan Ara, Taman Desa Cemerlang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, mangsa, warga tempatan berusia 58 tahun itu sedang berjalan kaki seorang diri untuk pulang ke rumah dalam kejadian pada pukul 7 petang.

“Suspek dua lelaki tidak dikenali telah datang dari arah belakang menaiki van dengan nombor pendaftaran palsu berhenti di sebelah mangsa lalu merompak telefon bimbit milik mangsa.

“Mangsa mengalami kerugian sebanyak RM500,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Susulan itu katanya, pihak polis giat mengenal pasti suspek terbabit bagi siasatan lanjut.

Mohd Sohaimi memohon orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh disalurkan kepada pengawai penyiasat kes, Inspektor Mohd Hafizulizwan Hassan di talian 019-5216051 atau 07-3864222. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here