Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-55 kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

“Semoga Allah SWT merahmati Baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia Baginda,” menurut poster itu.

Kelantan meraikan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan pada setiap 29 September sebagai cuti umum. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here