Mohd. Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Kemenangan calon Barisan Nasional , Syed Hussien Syed Abdullah yang mempertahanan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Mahkota dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam menepati ramalan Tan Sri Annuar Musa.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa, Annuar telah menggunakan perang psikologi politik dalam PRK DUN Mahkota dengan ramalannya calon Barisan Nasional- Pakatan Harapan itu menang dengan majoriti lebih 20,000 walaupun Pas tidak setuju dengan pandangan tu.

Namun Annuar tidak tarik balik.

Puad yang juga Speaker DUN Johor berkata, Annuar adalah Pengarah Pilihan Raya PN di Nenggiri.

Menurutnya, Annuar malu besar bila PN kalah teruk dan masa depannya dalam Pas gelap-gelita. Lagipun Pas tidak ada budaya ‘LV’.

Hujah Puad, dengan ramalan tersebut, Annuar sebenarnya telah merendah-rendahkan kekuatan Perikatan Nasional.

“Harapannya biar PN kalah dan calon UMNO menang. Dia puji MB Johor melangit.

“Semalam, terbukti ramalannya tepat. Majoriti BN melebihi 20 ribu. Dia rasa dirinya pandai dan sudah membantu UMNO menang. Semalam juga hari yang gembira bagi Annuar Musa. Harapan untuk kembali kepada UMNO berputik,” kata Puad dalam hantaran di Facebook.

Menurut Puad, bekas Ahli Parlimen Ketereh tahu hanya melalui UMNO, beliau boleh jadi orang besar semula.

Tetapi, Annuar jangan lupa kerana UMNO sangat kenal siapa dia.

“Kesian Annuar Musa. Dia terbilang tetapi terbuang,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here