Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar bercakap pada sidang media mengenai hari penamaan calon bagi PRK N29 DUN Mahkota di Pusat Penamaan Calon Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang. Foto SADIQ SANI, 14 SEPTEMBER 2024

KLUANG – Polis membuka dua kertas siasatan berkenaan kesalahan pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, kertas siasatan tersebut membabitkan kesalahan pemalsuan identiti aktiviti selain cubaan berkempen melebihi tempoh yang dibenarkan.

“Hari ini (semalam) kita terima laporan polis daripada pengadu yang menyatakan namanya telah dipotong ketika mahu mengundi.

“Dia mengesyaki berlaku pemalsuan identiti dan kita buka kertas siasatan di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas keputusan PRK DUN Mahkota diumumkan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini malam tadi.

Kumar berkata, kes kedua pula pengadu menerima panggilan telefon daripada seorang peraih undi yang berkempen dengan memujuk untuk mengundi sebuah parti politik.

Pihak berkenaan katanya, masih cuba meraih undi dalam tempoh berkempen sudah tamat.

Justeru katanya, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1954.

Kumar memberitahu, sebelum ini enam laporan polis diterima berhubung kesalahan yang diilakukan semasa PRK DUN Mahkota dan empat daripadanya sudah dibuka kertas siasatan.

Beliau menasihatkan calon yang menang PRK DUN Mahkota mematuhi undang-undang dengan tidak mengadakan perarakan atau perhimpunan yang boleh memcetuskan provokasi atau kacau ganggu awam.

“Polis Johor telah mengatur gerak seramai 878 pegawai dan anggota untuk penugasan pasca pilihan raya kecil (PRK).

“Ini bermakna daripada sekarang sehingga 30 September, pasukan ini akan terlibat dalam mengatur gerakan sekatang jalan raya dan pemantauan secara keseluruhannya,” katanya.

Pada PRK DUN Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah berjaya mempertahankan kerusi DUN Mahkota dengan memperoleh 27,995 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar yang mendapat 7,347 undi.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here