Gambar ihsan Bomba Pahang

KUANTAN – Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila hanyut dibawa arus ketika menjala ikan di Sungai Lepar, dekat Ladang LKPP Jalan Gemuruh, Pekan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.19 petang.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa melakukan aktiviti terbabit bersama dua lagi individu.

“Pasukan bomba membuat pencarian sekitar sungai dan PGO telah menggerakkan pasukan PPDA dari BBP Pekan seramai lima anggota ke lokasi, katanya dalam kenyataan.

Ketika berita ini ditulis, mangsa dikenali sebagai Muhamad Saifol Azmi Adiauddin, 33 dilaporkan masih belum ditemui. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here