Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.

KUALA LUMPUR – Polis telah merakam keterangan tiga saksi berhubung kejadian seorang lelaki yang melompat ke landasan Monorel Bukit Bintang, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya masih lagi mengesan pelaku terbabit.

“Lelaki itu masih belum dapat ditangkap lagi dan identitinya juga tidak dapat dikenal past lagi, sama ada warga tempatan atau warga asing.

“Kita sudah merakam percakapan tiga orang saksi berhubung kejadian ini dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (pencerobohan),” katanya pada pemberita selepas Majlis Perasmian Papan Iklan Digital Wow Media Sdn Bhd di Balai Polis Hartamas, di sini hari ini. 

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob bersama Pengarah Projek Wow Media Sdn Bhd, Datuk Zulkifly Ibrahim.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Terdahulu, tular video berdurasi empat minit memaparkan seorang lelaki melompat ke landasan Monorel Bukit Bintang.

Sulizmie Affendy melaporkan, laporan berhubung kejadian itu telah diterima daripada polis bantuan Prasaraana Malaysia Bhd (Prasarana) sekitar. jam 9.34 malam, 25 September lalu – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here