Affin Bank

KUALA LUMPUR- CIMB Securities menjangkakan kerajaan negeri Sarawak akan mendeposit RM4 bilion ke dalam Affin Bank Bhd. tahun depan.

Jumaat lalu, Affin mengumumkan kerajaan negeri Sarawak muncul sebagai pemegang saham terbesar tunggalnya dengan 31 peratus pegangan.

Ini selepas Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Bhd. secara kolektif menjual 26 peratus pegangan mereka kepada syarikat tujuan khas (SPV) milik Sarawak, SG AssetFin Holdings Sdn. Bhd.

“Kami percaya tiada sumbangan deposit yang signifikan daripada kerajaan Sarawak dalam tempoh lebih setahun lalu, meskipun ia telah melakukan pengambilan alih awal 4.81 peratus saham tahun lepas.

“Kami menjangkakan potensi akaun simpanan akaun semasa baharu (Casa) bagi tahun kewangan 2025 menerima deposit sekurang-kurangnya RM4 bilion daripada pemegang saham baharu,” katanya.

Menurut firma penyelidikan itu lagi, langkah tersebut sepatutnya membolehkan pelancaran lebih banyak deposit tetap yang mahal.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here