Datuk Hamzah Ahmad.

GEORGE TOWN – Polis sedang melengkapkan siasatan kes seorang Senator dari negeri ini yang mendakwa dirinya difitnah dengan tuduhan memaksa pengawal peribadinya memakan daging khinzir.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, setakat ini seramai empat individu telah dipanggil bagi merekodkan keterangan.

“Siasatan berhubung kes itu masih dijalankan dan kita akan lengkapkan siasatan dalam tempoh terdekat ini.

Hamzah (tengah) menyaksikan serah terima tugas antara Razlam (kiri) dan Swee Sake di IPD Timur Laut hari ini.

“Kertas siasatan yang lengkap akan diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu Hamzah, menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid dengan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, Asisten Komisioner Halim Yatim di IPD Timur Laut.

Majlis tersebut turut menyaksikan serah terima tugas antara Razlam dengan Timbalannya, Superintendan Lee Swee Sake yang akan memangku jawatan Ketua Polis Daerah Timur Laut.

Jumaat lalu Hamzah memaklumkan pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kes fitnah membabitkan seorang senator di Pulau Pinang yang didakwa memaksa pengawal peribadinya yang beragama Islam memakan daging khinzir.

Katanya, polis menerima laporan berkaitan kes terbabit daripada Senator berusia 38 tahun itu jam 8.31 malam, pada Khamis lalu. – MalaysiaGazette

Polis siasat dakwaan Senator paksa pengawal peribadi makan babi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast