Tertuduh Setia Maidin, 49, didenda RM1,00 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini selepas mengaku bersalah menumbuk muka seorang pekerja kedai makan kerana minuman lambat sampai dua minggu lalu.

MELAKA – Padah menumbuk muka seorang pekerja kedai makan kerana minuman lambat sampai, seorang duda didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mengaku melakukan kesalahan itu dua minggu lalu.

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman selepas tertuduh Setia Maidin, 49, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah

Mengikut pertuduhan tertuduh didapati dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap seorang pekerja warga Bangladesh berusia 43 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di Gerai Nora Asam Pedas, Medan Selera Semabok dalam daerah Melaka Tengah pada kira-kira pukul 12 tengah hari 22 September 2024.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh tidak berpuas hati selepas minuman yang dipesan tidak diterima sebelum bertindak menumbuk muka pengadu sebanyak dua kali dan sekali di bahagian telinga kirinya.

Tindakan itu menyebabkan telinga kiri mangsa berdarah manakala pipi dan jari tangan kanannya bengkak.

Video Berkaitan

@malaysiagazette

Padah menumbuk muka seorang pekerja kedai makan kerana minuman lambat sampai, seorang duda didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mengaku melakukan kesalahan itu dua minggu lalu. Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman selepas tertuduh Setia Maidin, 49, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah Mengikut pertuduhan tertuduh didapati dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap seorang pekerja warga Bangladesh berusia 43 tahun. FaktaKes FailMahkamah MalaysiaGazette Video : Reza A Hamid

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Sofian memohon tertuduh yang diwakili peguam Umar Zulkarnain dikenakan hukuman setimpal.

Peguam bagaimanapun memohon tertuduh hanya dikenakan denda kerana telah insaf selain hanya bekerja sebagai pemandu lori sambilan dengan gaji RM9 sejam atau RM45 sehari.

Selain itu, anak guamnya juga yang merupakan duda masih menanggung anak berusia 12 tahun yang masih bersekolah dan tertuduh sudah bertunang serta bakal berkahwin hujung tahun ini.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Majistret Sharda mengarahkan tertuduh didenda RM1,000 atau penjara satu bulan jika gagal bayar. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here