Ihsan Foto : IG Bizan Owda

MESIR- Pembikin filem dan wartawan Palestin, Bisan Atef Owda, menerima Anugerah Emmy untuk laporan rencana luar biasa bagi karya pendeknya yang bertajuk “Ini Bisan dari Gaza dan saya masih hidup.”

Dalam laporannya, Owda mendokumentasikan rutin harian beliau di Semenanjung Gaza, yang musnah akibat diceroboh Israel sejak 7 Oktober, tahun lalu.

Ini bukanlah kali pertama laporan Owda itu memenangi anugerah kerana pada awal tahun ini, beliau pernah menerima Anugerah Peabody untuk karya yang sama.

Menteri Luar Negeri dan Imigrasi Mesir, Dr. Badr Abdel Aty, telah menekankan situasi genting di wilayah Palestin yang dicerobohi Israel.

Beliau menegaskan, pelanggaran undang-undang berterusan yang dilakukan oleh tentera Israel di Gaza dan Tebing Barat, telah melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mengabaikan perjanjian damai.

Menurutnya, punca utama krisis semasa adalah sikap Israel yang enggan bekerjasama dalam melaksanakan gencatan senjata.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri acara yang dianjurkan oleh Institut Keamanan Antarabangsa mengenai Timur Tengah, yang diadakan di luar sidang ke-79 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Dalam acara itu, Abdel Aty turut menekankan bahawa krisis kemanusiaan di Gaza semakin sukar dikawal, sekaligus menyeru peningkatan segera bantuan antarabangsa.

“Kehancuran tragis seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini, tindakan ketidakperimanusiaan rejim zionis itu telah meragut nyawa lebih 40,000 orang awam.

“Konflik Palestin-Israel wajar diselesaikanuntuk keselamatan dan kestabilan di rantau ini,” tegasnya.

Beliau menggariskan pendirian Mesir mengenai isu itu, yang memberi fokus untuk mencapai penyelesaian yang memenuhi aspirasi sah rakyat Palestin, termasuk hak mereka untuk membela nasib mereka dan menyokong penubuhan sebuah negara yang bebas serta berdaya maju berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Jerusalem Timur sebagai ibu negaranya. – Agensi

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here