Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli meninjau hari pertama perlaksanaan Program Khas Peralihan LMM Kelas B2/B1 kepada LMM Kelas B di sebuah institut memandu, di sini, hari ini.

BANGI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang menaik taraf aplikasi MyJPJ nagi memastikan capaian akses maksimum.

Ia susulan pelaksanaan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 kepada LMM Kelas B yang mendapat permintaan tinggi.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli mengakui trafik yang tinggi menyebabkan sistem MyJPJ mengalami sedikit masalah terutama untuk semakan kelayakan oleh pemohon.

“Saya harap orang awam bersabar dan mengikut prosedur sepatutnya. Semak dahulu dan kemudian, tentukan institut memandu (IM) yang ingin dipilih.

“Sebanyak 180 daripada 244 institut memandu di seluruh negara yang bersetuju untuk menawarkan program ini dan melalui maklumbalas kita dapat permintaan agak tinggi dan sistem kami ada sedikit masalah disebabkan trafik yang tinggi untuk masuk ke aplikasi bagi semak kelayakan ini.

“Saya harap orang awam bersabar dan ikut prosedur sepatutnya, semak dahulu, tentukan IM dan semasa mendaftar di institut memandu untuk mengikuti program khas ini, pemegang lesen hendaklah membuat pengesahan kendiri kesihatan tubuh badan, fizikal dan minda,” katanya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli meninjau hari pertama perlaksanaan Program Khas Peralihan LMM Kelas B2/B1 kepada LMM Kelas B di sebuah institut memandu, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meninjau hari pertama perlaksanaan Program Khas Peralihan LMM Kelas B2/B1 kepada LMM Kelas B di sebuah institut memandu, di sini, hari ini.

Tambah beliau, bagi kadar siling fi kepada Institut Memandu (IM) dalam program khas tersebut ditetapkan RM160 merangkumi pendaftaran dan insurans pelajar, kursus peralihan dan penyesuaian berdurasi dua jam, fi perkhidmatan termasuk sewaan kenderaan dan litar dan fi ujian JPJ.

“Program khas ini bertujuan untuk menaik taraf pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/ B1 kepada Kelas B tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan tiada lagi permohonan baharu bagi mendapatkan LMM Kelas B1 di IM

“Pemegang LMM Kelas B2/B1 boleh juga membuat semakan syarat-syarat kelayakan bagi program khas ini melalui portal mySIKAP awam di laman web https://public.jpj.gov.my atau di kaunter JPJ berdekatan dan sekiranya layak, pemohon boleh hadir di mana-mana IM terpilih di seluruh negara untuk mengikuti program khas ini,” jelasnya.

Pada 2 Ogos lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew fook mengumumkan program khas peralihan diperkenalkan kepada pemegang LMM kelas B1 dan B2 untuk mendapatkan LMM kelas B (motosikal berkuasa tinggi) bermula hari ini.

Jelasnya, syarat-syarat yang ditetapkan seperti memegang LMM kelas B1 atau B2 secara aktif untuk tempoh berterusan minimum 10 tahun itu bagi memastikan tahap kompetensi dan pengalaman pemanduan kenderaan motosikal bagi mana-mana individu sebelum beralih kepada motosikal berkuasa besar. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here