Foto FB Selangor FC.

KUALA LUMPUR – Selangor FC terus rancak membeli pemain bagi memantapkan pasukan dengan mengumumkan seorang lagi pemain import untuk mengharungi saingan musim 2024-2025.

Menerusi media sosial kelab itu, naib juara Piala FA itu secara rasmi mengesahkan pemain tengah dari Croatia, Nikola Jambor sebagai rekrut terbaharu buat skuad kendalian Nidzam Jamil.

Pemain yang lebih mesra dengan panggilan Niko itu memulakan karier profesional sejak usia 19 tahun bersama kelab di negara kelahirannya, NK Koprivnica.

Nikola Jambor. Foto FB Selangor FC.

“Penampilan terbanyak Niko adalah bersama Slaven Belupo Koprivnica dengan 66 perlawanan sepanjang dua musim dan antara pencapaian terbaiknya bersama kelab itu ketika meraih tempat kedua dalam saingan Croatian Cup 2015/16.

“Pemain berusia 28 tahun itu turut berkelana di beberapa negara sepanjang kariernya termasuk Belgium, Portugal dan Arab Saudi,” tulis kelab itu.

Kehadiran Niko yang pernah beraksi bersama kelab Portugal, Rio Ave FC dijangka mampu memberikan kesan positif kepada pasukan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim ini. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here