Erik Ten Hag. Foto Goal.com.

LONDON – Pengurusan tertinggi Manchester United terpaksa berfikir dua kali untuk memecat pengurus kelab itu ketika ini, Erik Ten Hag, lapor Goal.com.

Menurut laporan itu, ini kerana mereka perlu membayar wang pampasan yang agak tinggi sebanyak £17.5 juta (RM72.6 juta) sebelum membuat keputusan untuk memecatnya.

“United harus menyediakan sejumlah wang yang agak besar untuk memecat Erik Ten Hag dalam masa terdekat kerana pengurus itu baru sahaja menandatangani kontrak baharu sehingga 2026.

“Sekiranya pemecatan itu berlaku United dilaporkan harus membayar gaji jurulatih itu sekurang-kurangnya sehingga tamat kontrak,” kata laporan itu memetik Buletin Manchester United.

Sehingga kini, pihak pengurusan menyatakan mereka tidak bercadang untuk memecat Ten Hag, yang mana mereka masih menaruh kepercayaan penuh kepada pengurus.

Namun pengendalian kelahiran Belanda itu perlu untuk meningkatkan prestasi pasukannyamendedahkan bahawa pihak kelab dilaporkan akan berfikir dua kali untuk memecat Erik Ten Hag.

Sebelum ini, bekas pengurus Ajax itu menegaskan yang dia tidak risau dipecat dan kehilangan kerja selepas  United dimalukan di Old Trafford apabila tewas 3-0 kepada Tottenham awal pagi semal,

Ten Hag berjaya mengekalkan jawatannya sebagai pengendali pada musim panas lalu tetapi kini kembali ditekan selepas United tewas dua kali berturut-turut di laman sendiri dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Terdahulu, Liverpool menjadi pasukan pertama menewaskan United di Old Trafford dengan jaringan sama 3-0.

United kini tewas tiga daripada enam perlawanan pertama liga musim ini dan menghuni tangga ke-12 di bawah Brentford. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast