Seekor gajah liar yang memijak dua pekerja kontrak pembersihan di Felda Tenggaroh baru-baru ini. Foto Sahabat Anak Tenggaroh

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja kontrak yang diserang gajah liar sehingga cedera parah dalam kejadian di kawasan hutan belukar belakang Sekolah Kebangsaan LKTP Tenggaroh 5 baru-baru ini sudah pun sedar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa berusia 51 tahun sudah sedar selepas ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Menurut beliau, mangsa masih menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Mangsa tersebut sebelum ini ditidurkan oleh doktor bagi tujuan untuk menguatkan tubuh pesakit.

“Mengikut maklumat diperoleh, dia sudah sedar, cuma dia masih lemah memandangkan banyak kecederaan dialami,” katanya ketika dihubungi.

Mangsa serangan gajah pada 26 September itu sebelum ini disahkan mengalami pendarahan dalam kepala, satu ruas tulang rusuk patah dan patah tulang pinggul.

Dalam serangan itu, seorang lagi pekerja kontrak, Mohamad Syafik Yakob, 31, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Tenggaroh 2 selepas mengalami kecederaan di bahagian leher dan dada kiri.

Kedua-dua mangsa itu yang merupakan pekerja pembersihan sekolah dikatakan  bertindak menghalau seekor gajah liar dari mendekati kawasan sekolah sebelum diserang haiwan tersebut. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here