Liew Chin Tong

JOHOR BAHRU – Perbalahan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Naib Presiden DAP, Teresa Kok didakwa menyebabkan pengundi Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota marah dan kecewa sehingga tidak keluar mengundi Sabtu lalu.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, perbahalan itu menjadi faktor mendorong mereka untuk protes dan tidak menunaikan tanggunnggjawab itu sehingga peratusan pengundi Cina rendah.

Selain itu katanya, ramai pengundi muda yang masih tidak menyedari tentang pendaftaran secara automatik apabila mencapai usia 18 tahun dan tidak tahu mereka berhak mengundi.

“Gerak kerja kempen Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, awal-awal lagi sudah sedar tentang kemungkinan kurangnya peratusan keluar mengundi.

“Anggaran awal adalah pengundi Cina tidak akan keluar mengundi atas beberapa faktor, termasuk marah dan kecewa dengan perbalahan di antara Ketua Pemuda UMNO dan Teresa Kok.

“Namun, pihak kami tetap yakin bahawa kempen yang menyeluruh akan dapat memujuk pengundi Cina yang disasarkan mencapai 50 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelmarin, Institut Darul Ehsan (IDE) dilaporkan menganggarkan kadar peratusan keluar mengundi mengikut kaum pada PRK DUN Mahkota ialah pengundi Melayu sebanyak 61 peratus; Cina (49 peratus) dan India (48 peratus).

Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, sepanjang kempen, PH berjaya meyakinkan ramai pengundi untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah.

Pihaknya meyakinkan pengundi apabila memilih Syed Hussein, maknanya adalah untuk kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, pengundi Cina yang kebanyakannya merupakan penyokong PH telah memberi sokongan padu kepada BN dalam PRK DUN Mahkota.

“Yang paling penting, Syed Hussien telah menang kesemua 121 saluran mengundi di 18 pusat daerah mengundi (PDM) bagi DUN PRK Mahkota.

“Lapan daripadanya merupakan PDM yang dimenangi dengan cemerlang oleh PH dalam PRN Johor 2022, mereka telah memindahkan undian mereka kepada BN pada Sabtu lalu.

Syed Hussien menang kerusi DUN Mahkota dengan memperoleh 27,995 undi menewaskan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar yang mendapat 7,347 undi.

Beliau mendapat majoriti undi 20,648 jumlah lebih besar daripada majoriti undi diperoleh bekas ADUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada pilihan raya negeri (PRN) lalu iaitu 5,166 undi.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Antara sedar atau tidak Dr Akmal dalam banyak isu sedang diperalatkan oleh PN untuk memecah ,belahkan kerajaan perpaduan. Dia hagis berhati hati atau lebih baik berpolitik dengan lebih bijak dam berhemah.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here